
|
Hanya Kau Mengerti
Saturday, 15 June 2013 @ 08:00 | 0 Beautiful [s]
Hurm actually aku tak tahu nak taip apa , tapi MOOD memang tengah nak menaip .
Agak-agak aku nak cerita pasal siapa ? Haaa cepat teka .. hiks ! Aku nak cerita tentang seseorang yang dah banyak berkorban untuk aku , untuk membesarkan aku sehingga gemuk cam gini haa , hehe . Ini kisah tentang ibu ku . Puan hajah Razian Bt Abd Ghani , seorang guru Matematik Tambahan dan Matematik di SMK *tut* , tak payah bagitau lah . Malas la kecoh-kecoh kan .![]()
Ibu ku seorang yang sangat tabah dan kuat . Buktinya sehingga kini dia tidak pernah berniat untuk berkahwin lagi selepas 16 tahun berpisah dengan ayahku . Memang bab ni aku tabik springg kat mak aku , dalam hidup nya hanya memikirkan kebaikan untuk anak-anaknya .
Bila aku tanya kenapa taknak kahwin , jawapannya " buat apa nak kahwin lagi , anak-anak kan dah ada".
Ibu ku seorang yang paling benci manusia yang suka membuang masa , sejak aku berumur 4tahun lagi , aku sudah pandai mengenal huruf-huruf dan bila aku sudah meningkat berumur 5tahun , aku telah pandai membaca dengan lancar . Anak sulung lah katakan .
Sehinggalah kami besar , dia selalu menguruskan kerja-kerja kami , nota-nota yang susah untuk di fahami , dia bersusah payah menegmaskini agar kami mudah faham .
Memang betul ibuku bukan lah seorang yang mudah memberika barang atau pakaian mahal seperti sesetengah ibubapa orang lain , tapi bukan kerana dia kedekut , tapi setiap bulan dia selalu simpan duit untuk kami , untuk masa depan kami . Setiap kali kami meminta sesuatu , kadanag-kadang dia buat tak tahu je , tapi bila tiba masanya , dia memenuhi permintaan kami , ibuku adalah seorang yang suka memeberi kejutan .
Aku faham kenapa ibuku bersikap demikian , kerana dia tidak mahu kami rasa TERLALU MUDAH untuk mendapatkan sesuatu .
Aku tidak terlalu menyimpan banyak rahsia dengan ibuku , entah lah .. memang aku tak boleh nak rahsia kan apa-apa dari dia . Termasuk lah soal BF aku . Kalau aku gaduh dengan BF aku , dia mesti faham , ibuku seoalah-olah tidak mampu melihat aku menangis kerna di sakiti oleh orang lain . Dia selalu tanya perkembangan hubungan aku dan BF aku , selalu nasihat dan selalu dengar masalah kami .
Yang paling best , bila aku tengah On The Phone dengan BF aku dalam bilik , mmy mesti bagi peluang untuk kami , dia faham yang anak dia sedang menggedik . Ahaks ! Kalau mmy nak masuk bilik , then nampak aku tengah bergayut , dengan sportingnya dia tutup pintu .
Haaa nampak tak betapa sportingnya ibuku ?
Jangan cakap ibuku dayus or apa lah ,
eleh kalau jenis ibu bapa kawal sebijik macam dalam penjara sekalipun , kalau jenis anak gatal dan miang , terjadi jugak yang bukan-bukan . Bila ibu kita baik dan faham kita , tak mudah marah-marah dan selalu faham apa yang kita nak , dengan automatik , kita sendiri rasa tak sanggup nak rosakkan kepercayaan yang di berikan oleh ibu kita . Trust me ![]() |
The Disclaimer ![]() status, saya Hai Sayang
Navigations! Let's Talk!
![]() http://airamaxwellstory.blogspot.com/ sila bagi idea apa yang Aira boleh taip , hiks! Be nice ! tak suka boleh blah
The Credits! |