
|
Dengan Rasminya Anda Adalah Pelajar KPTM
Tuesday, 2 July 2013 @ 05:55 | 0 Beautiful [s]
Assalamualaikum semua , dah lama tak tulis entry kan ? Haha .. sebenarnya Aira dah jadi pelajar kolej .. hehehe , alaaa saat-2 yang Aira tunggu-2 sangat tu . hehe .. Aira busy dengan minggu orientasi , lagipun aku belum berani nak bawa laptop ke kolej . Konon nak biasa-biasakan diri dulu .
Actually banyak cerita yang Aira nak kongsikan kat korang . Memang banyak gila-gila .
Even baru seminggu berlalu , tapi hmm memang banyak gila yang berlaku .
Hari pergi daftar ke KPTM tu , toksah duk cerita lah , penat gila , dengan ramai orang , dengan cuaca yang panas lagi .. huh menakutkan ..dengar kata ada yang pengsan pun ada ..
berlalulah seminggu minggu orientasi , tapi yang lawaknya time hari penutup orientasi tu , cuaca tak menyebelahi kami , hujan turun dengan lebatnya , angin kencang sehingga khemah ada yang runtuh .. wahh gerun tak bunyinya tu ? HAHAHA
time hari penutup minggu orientasi tu , ada yang berlaku , nak tahu apa ? Hmm .. dengan bangga nya aku volunteer nak menyanyi untuk persembahan hari penutup orientasi tu .. wahhh hebat tak ? aku berduet dengan seorang jejaka yang kini adalah crush aku .. hehe .. Namanya Hafiz .
Suara dia memang best , tapi nyaring gila .. Aku pulak , slow nak mampos .. tahu tak lagu apa yang kami pilih untuk persembahan tu ? lagunya ialah , Memori Berkasih by Achik dan Nana . Kalau korang pernah dengar lagu tu , korang akan tahu lah betapa tingginya vokal lagu tu , sempat lah beberapa kali kami berlatih menyanyi sama-sama . Memang malu gila siot . Mana taknya , mana pernah aku buat persembahan , aku pun tak tahu macamna aku jadi begitu berani nak buat persembahan tu .. Alahai ..
Tapi tak sangka , dengan accident tu , aku pulak terpaut hati pada si duet aku tu , Hafiz .. HAHAHA ..
memang dia tak hensem pun , tapi nak buat macamna , bila hati dah berkenan kan ? Cinta tak memilih Rupa .. btul ke ? Huhuhu .. Tapi seriesly , aku memang suka gila kat dia . Aku dengar dari kawan dia , dia pun suka kat aku , hihihi tapi taktau lah .. Hope semua tu betul .. boleh pengsan aku kalau semua tu betul .. Hiks . Gatal ! Hahaha ...
okay sekarang dah habis pasal Princes Charming aku tu , Charming ke ? Hehehe ..
sekarang aku nak cerita pulak pasal kawan baik aku dekat kolej tu , kawan baik ke ? Mestilah .. Kami kan , bak kata orang dah takboleh berpisah dah , kalau berpisah je mula lah rasa sunyi .. kami semua ada 5 orang termasuk aku , nama kawan-kawan ku ialah Anis , Ezzah , Wani dan Fatin ...
Even baru kenal 1 minggu lebih , tapi kami rasa macam dah bertahun kenal , mana taknya , perangai sorang-sorang macam dah hafal dalam kepala otak masing-masing .
Oleh kerana kami terlalu rapat , kami masing-masing bersetuju nak bina satu panggilan seperti adik-beradik iaitu Anis = Along , Ezzah = Angah , Aku = Acik , Wanis = alang dan Fatin = Ucu , panggilan itu mengikuti bulan kelahiran masing-masing . sweet tak kami ? hmm tapi dalam sweet kami , ada juga sour nya .. boleh agak tak apa dia ? hmm , aku dan angah meminati jejaka yang sama , aku tak minat sebenarnya tapi aku juz rapat dengan fasilitator tu then kami jadi adik beradik angkat . Memang langsung tak menyesal dapat abang angkat macam abang Muhammad Nur Hidayat , mana taknya , dia sangat lah baik , bertanggungjawab , dia selalu ada bila aku ada masalah , itulah yang membuatkan angah bengang dengan aku .
Tapi kan , memang tak berbaloi kalau nak gaduh hanya kerana abang angkat aku tu , lagipun dia dah ada GF pun , kalau kitorang bermusuhan pun , bukannya kami dapat apa-apa , abang dayat dah ada GF , hati aku pulak ada Hafiz , nampak tak langsung tak berbaloi kalau kami gaduh . Hmm tapi kitorang dah selesai , aku dah cuba explain kat angah tadi , nampaknya dia salah faham dengan hubungan aku dan abang dayat . Alhamdulillah dah takde salah faham akhirnya , harap begitulah selamanya ..
ouh ya , tahu tak , aku memang terasa mewah akhir2 ni , nak tahu tak kenapa ? orang lain terpaksa tinggal dia hostel dan berebutkan bilik air , kami pula tinggal di kondo .. HAHAHA .. mewah tak ? aku pun tak faham kenapa KPTM letak kami kat situ , katanya hostel di renovate , betul ke ? atau hostel yang tak muat ? Wallahualam .. huhu .. apa-apa pun , thanks pada KPTM , sebab menyediakan penginapan yang sangat selesa didiami even pengangkutan selalu menjadi masalah , terpaksa lah aku bawak kereta viva buruk ku itu .. huhu ..
Okay itulah saja untuk kali ini .. hope korang semua sihat .. bye2
|
The Disclaimer ![]() status, saya Hai Sayang
Navigations! Let's Talk!
![]() http://airamaxwellstory.blogspot.com/ sila bagi idea apa yang Aira boleh taip , hiks! Be nice ! tak suka boleh blah
The Credits! |