Aira
yes , i love him ^_^

Tuesday, 6 August 2013 @ 04:22 | 0 Beautiful [s]



Hurm , lama betol tak menaip kan ? Alasan nya still sama , busy dan takde masa . Huhuhu .
Tengok tak apa tajuk entry kali ni ? hurm , sape ye agak-2nya ya ? herm herm herm ..
Namanya Muhammad Fitri Anuar . Perkenalan kami bermula bila aku suda start konon nak jadi artis KPTM tu haaa .. pernah aku cerita kat entry yang bertajuk "dengan rasminya anda adalah pelajar KPTM" tu , ingat lagi tak ? konon aku dan hafiz jadi penyanyi tu .. haa tu lah .. Pada awalnya aku dan fitri selalu bergaduh , actly , aku je yang aggap kitorang gaduh , tapi si fitri tu bagi dia takde pape pun . Dia suka sakat aku , suka kacau aku dan buat aku jadi badmood . Tahu tak apa yang buat aku nak marah bila setiap kali tengok muka dia ? Dia suka panggil aku "Aura" .. pada awalnya aku fikir dia ejek nama aku , rupa-rupanya dia memang tak ingat nama aku .. haih entah pape lah dia tuh -.-

lama jugak lah dia ganggu aku , tapi tak sangka lah dalam hati dia , rupa-rupanya dia suka aku .
time tu aku memang takde feel langsung kat dia , aku suka kat duet aku tu si Hafiz tu . Ouh ya , nak jadi cerita , macamna aku boleh terima si Fitri , sebabnya ialah bila aku dapat tahu si Hafz tu dah ada makwe , aku pun dengan hampanya memutuskan untuk lupakan hafiz , dan pada waktu yang sama , fitri hantar chatt kat aku . then fitri tetiba mintak no hp aku . So, aku bagi je lah kann ... 2 hari kami contact each other , dia ajak aku keluar berbuka bersama .. so aku dengan senang hati terima pelawaannya itu .. huhuhu 

Dan sejak itu lah aku dan dia makin rapat dan sekarang aku sayangkan dia dan hubungan kami .
Ye , memang masih terlalu awal untuk aku serius dalam hubungan ni , tapi terlalu banyak sebab kenapa aku begitu mudah menerima kehadirannya . 

Fitri lelaki yang sangat baik di mata aku . Dia selalu sabar dengan sikap aku , bila bersama dia , aku terasa selesa dan boleh menjadi diri sendiri . takperlu aku susah-susah nak control ayu or pemakaian aku ke apa . Dia menerima aku seadanya . Pernah sekali tudung aku yang bengong tu buat hal , kedut bagai , oleh kerana excited nak keluar kali pertama dengannya . Tapi dia dengan tenang cakap kat aku " pedulikan tudung tu , saya tak kisah lah " .. aku pulak macam dah tak suiman , gaduh dengan tudung aku tu .. hahaha 

apa yang aku paling suka pada dia , dia selalu faham aku , bila aku pergi mall dengan dia , dia akan tahu dan faham apa yang aku cari . Itu lah Fitri Anuar yang aku kenal . Dia bukan macam sesetengah lelaki yang lain , hanya tahu nak bercinta dan cuba untuk kenal sikap dan perangai gf nya je , tapi hal lain letak ketepi .

Seriusly , memang aku tak pernah terdetik pun rasa menyesal kenal dan menerima dia dalam hidup aku.
Apa yang paling penting , dia tak pernah rasa jemu untuk pujuk aku . Dia selalu memanggil aku tuan puteri . HAHAHA :D kadang-kadang terasa lawak jugak . Tapi sweet gitu kan ? :P

Terlalu banyak yang aku nak ceritakan , kalau aku ceritakan pun , korang takkan rasa macamna aku rasa , betapa dia ikhlas dalam hubungan kami . Memang akan ada dugaan untuk menduga kesabaran kami . Aku seperti gadis-gadis lain , ada rasa cemburu , sedih dan terluka . kalau bab kuat merajuk , toksah duk cerita lah .. itu memang aku punya style .. tapi itu lah fitri , takpernah jemu untuk pujuk aku . 

Dia telah bawa aku bertemu dengan keluarganya .. HAHAHA hebat tak ? kapel belum sampai sebulan pun , dia telah menyatakan hasratnya untuk membawa aku bertemu keluarganya .. Aku ikotkan aje .. so dapat lah aku bertemu dengan keluarganya , family dia sangat lah baik . Mama dia sangat lah caring , hmm senang cerita diorang dari keluarga yang baik-baik belaka . Mereka buat aku terasa istimewa . 

Apa yang membuatkan aku terasa terharu , bila melihat insan yang aku sayang , bertungkus -lumus masak makanan untuk aku . Boleh imagine tak , lelaki masak untuk perempuan ? even dia tak sehensem BF korang , tapi malam yang dia masak untuk aku tu , aku dapat nampak kekacakkannya .. huhu ..
Terasa malu sebab aku perempuan , tapi tak pandai masak , tapi dia lelaki , boleh masak untuk aku ,.. 
Ye , aku terasa bertuah memilikinya ..

Tapi langin tak selalu cerah kan ? memang terlalu banyak dugaan sehiggakan sudah beberapa kali aku mengalirkan air mata . Memang dia pernah "PLAYBOY" ketika suatu masa dulu . Tapi dia cakap , sejak dia dapat memiliki aku , dia hanya mahu aku dihatinya . Pernah sekali aku check hp dia , aku dapati dia msg dengan perempuan lain . Prempuan itu seolah-olah sedih sebab dia tidak lagi melayan perempuan itu . aku apa lagi , bagaikan satu kolam renang air mata ku mengalir . HAHAHA .. ganasnya bunyi nya tu . 

kali kedua pulak , bila aku buka account FB nya , aku dapati ex-gf nya still msg dengan dy . Memang panas la hati aku . Tapi apa yang aku terharu , bila aku minta putus , dia mengalirkan air mata .
dia cepat-cepat lap air mata dia tu . konon tak mahu aku nampak . aku nampak la weyy .
pernah aku dengar ayat ni .
" perempuan menangis itu sudah menjadi kebiasaan , tapi kalau lelaki menangis itu lah tanda ketulusannya "

apa yang mampu aku katakan , aku bahagia memilikinya ....


Older Post | Newer Post
The Disclaimer

I don't want someone who thinks I'm perfect, I want someone who knows I'm not but loves me anyway. :D

status, saya

Hai Sayang


Navigations!

Diary About Site


Let's Talk!


http://airamaxwellstory.blogspot.com/
sila bagi idea apa yang Aira boleh taip , hiks!
Be nice !
tak suka boleh blah


The Credits!

Re-Edits : Adila.
Base code : Y O U
Help : L O V E
Nice View:Google Chrome