
|
No Title
Saturday, 14 December 2013 @ 08:48 | 0 Beautiful [s]
Assalamualaikum
entah kenapa tetiba malam ni rajin pulak rasa nak menaip . hmm .. aku rasa mahu luahkan sesuatu yang tak mampu aku ungkapkan dan tak mampu aku cerita pada seseorang dengan mulut ku sendiri .
ingin aku tertanya-tanya kenapa aku mesti mencintainya sebegini rupa ?
kadang-kadang jauh disudut hati aku , aku dapat rasakan jalan percintaan ini sama seperti kisah aku dan Ammar . ermmm ye memang sama . gaya dan watak Fitri tidak jauh bezanya dari Ammar . sikapnya yang baran , ego , sifat cemburu dan cara bercakap pun kadang-kadang hampir sama .
itu lah kini yang membuatkan aku takut . adakah aku akan merasa kehilangan seperti dulu lagi ? kerna jauh disudut hati aku , aku dapat rasakan jalan percintaan ini hampir sama . tidak mampu aku katakan apa yang sama , apa yang serupa tapi aku yakin ia seolah-olah mengungkit kembali kisah aku dan Ammar .
adakah masa lalu masih mengejar aku ? adakah bayang-bayang lalu masih mahu aku terperangkap dalam kesedihan dan bersendirian ? adakah aku akan hanyut seperti dulu lagi ? hanyut dalam percintaan ? hmm aku betul-betul buntu . aku betul-betul tak mahu rasa lagi kehilangan , rasa kesedihan sehingga aku tidak mampu lagi bangun kan diri aku yang terlalu lama rebah dalam linangan air mata .
adakah cinta ini hanya sekadar cinta monyet ?
adakah kisah lalu akan berulang ?
aku ditinggalkan saat aku betul-betul memerlukannya ?
aku tak pasti
aku tak tahu
dapat aku rasakan "kehilangan" itu semakin hampir .
hubungan kami lagi 2 hari akan genap 5 bulan .
bulan ke5 yang amat menakutkan , kerana saat bulan ke 5 lah aku kehilangan Ammar .
dan sekarang aku ingin bulan ke 5 hubungan kami cepat-cepat berlalu pergi dan cepat masuk bulan ke6
walaupun jauh disudut hati aku amat takut akan "kehilangan" yang semakin hampir
tapi aku bahagia bersamanya.
sekarang kami sama-sama cuti sem
dan kami bercuti sangat lama , dan dia berjanji akan datang jumpa aku 1 minggu sekali .
dan sehingga kini dia masih mampu menunaikan janjinya .
aku harap perasaan aku yang entah pape tu hanya sekadar perasaan semata-mata .
18-07-13
|
The Disclaimer ![]() status, saya Hai Sayang
Navigations! Let's Talk!
![]() http://airamaxwellstory.blogspot.com/ sila bagi idea apa yang Aira boleh taip , hiks! Be nice ! tak suka boleh blah
The Credits! |